BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Kawan Karib

Kawan Karib

Selasa

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam..

Ahad

Senyuman

Senyuman
Ia percuma tetapi amat berharga
Ia menjadikan penerimanya kaya
Tanpa menjadikan pemberinya miskin
Seperti kilat
Tetapi berlegar di ingatan
Sepanjang masa

Senyuman
Tiada siapa yang terlalu kaya
Hingga tidak memerlukannya
Tiada siapa yang miskin
Hingga tidak mampu memilikinya

Senyuman
Ia membahagiakan sebuah rumah tangga
Kemesraan dalam persahabatan
Dan kebaikan dalam perniagaan

Senyuman
Ia memberi kekuatan kepada yang keletihan
Memulihkan semangat kepada yang kecewa
Menggembirakan kepada yang kesedihan
Dan ubat yang mujarab kepada kesunyian

Senyuman
Ia terlalu berharga sehingga tidak dapat
Dijual beli, dipinta, dipinjam, dicuri


Maka serikanlah wajah dengan SENYUMAN

cinta, kasih, sayang, rindu dan benci

Satu hari di dalam kelas....

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG....(^_~) ♥♥♥

Jumaat

‎~Lelaki Sejati~


★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya yang melebar dan mengharumi buana.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi daripada sikap bersahabatnya pada semua generasi.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya pukulan, tetapi daripada sikap bijaknya memahamipersoalan.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada dadanya yang bidang, tetapi daripada besarnya Qalbu untuk ummah ini.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya Sang Ibu & Isteri.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah beban yang dipikulnya, tetapi daripada tabah & Sabarnya dia atas liku-liku mengharungi JALAN INI,

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya membaca kitab suci, tetapi dari amal Istiqamahnya dia dlm merealisasikan apa yang ia baca....

Ahad

Teka-teki

Teka-teki Imam Ghazali rah.a
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negera China “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sabtu

Peliknya Manusia

PELIK YA,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

PELIK YA,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK YA,
betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.

PELIK YA,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.

PELIK YA,
dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK YA,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK YA,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK YA,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bacaannya lama dan panjang.

PELIK YA,
rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

PELIK YA,
ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK YA,
susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK YA,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mel internet SMS, MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

PELIK YA,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mel tapi bila berpesan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Jumaat

Bestnyer Jadi Kaum Hawa

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C: “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D: “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C: “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab

keluhan remaja perempuan A: “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A: “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B: “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C: “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D: “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?” Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Rabu

Hayatinya wahai kengkawanku....

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time Sembahyang Jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..xda masa

3 Ogos 2011

salam 1 Malaysia...
arini sampai KHAR pd jam 11.30pg..smpai2 aje kmas brg dan buka lp...
sebelum smpai asrama..singgah KTMB nak bli tiket tuk raya nnti...
check lah ari 27hb ogos ni...tiket pg smua abis...ptg yg ada 1st class aje...ahad..pg dan ptg abis...nk xnk tpaksalah ambik tiket ari sbtu..1st class...first time ni, naik ketapi 1st class...pe rasanye..heheheheee
terbanglah duit rm40...sedih tul...nk wt cmne...kerna tpaksa..hehehehee...
ptg ni ada klas ke x, entahlah..smua xtau..klu ada..kmungkinn ada kuiz keusahawanan...baca buku??xpon...jwb je la jab g....hehehheeee...

Selasa

Tiga Kata -KRU

Lagu ini ditujukan
kepada mereka yang sudah lupa
erti cinta

Hanya tiga kata saja
cukup besar maksudnya

wo ai ni
i love you
aku cinta padamu
tiga kata paling bermakna
tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
saranghaeyo
aishiteru
tiga kata paling menyentuh
tapi jarangnya disebut

mungkinkah kerna kita
dah terlalu selesa
keintiman seolah
semakin hambar
dari gerak gaya
hingga ke tutur kata
tak menggambarkan cinta

katakan ci..ci..cinta
ci..ci..cinta kamu
katakan ci...ci...cinta
ci..ci..cinta

walaupun kita saling sayang
satu sama lain
tapi kenapa sukar
meluahkan rasa
berikan mereka tahu

andainya hari esok
ditakdirkan berpisah

dalam kesibukan kita
seringkali mula hilang
kemesraan dengan mereka disisi
tak rasa bersyukur
tak rasa berbangga
mempunyai bahu setia
untuk kita bersandar
pejamkan matamu
lihatlah dihatimu
semua kasih terhimpun
dibiarkan terkurung
jadi keluarlah sekarang luahkan

aku cinta padamu
wo ai ni
i love you