BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Kawan Karib

Kawan Karib

Isnin

21 Oktober 2009

Salam wat semua...
Hari ni aku terserempak ngan guru besar sekolah rendah aku...TMGS...aku pada mulanya tidak bergitu mengenali sehinggalah aku terdengar suara dan akhirnya aku bertegur sapa ngan Pn Zaiton....mmg btul tekaan aku....itulah guru besar sek ren aku dlu dan dengan jasa beliau telah mengajar aku subjek sains ketika aku darjah 6..kini....beliau dah pun bersara...bergitu cepat masa berlalu...tapi yg pastinya aku masih mengenali guru-guru yang banyak berjasa kepadaku...dan segala bakti dn pngorbnan mereka...tidak mungkin aku lupakan....terima kasih wat semua guru-guru....xkira lah yg mngajar aku mahupun tidak....

Ahad

9 Oktober 2009

Hari ni xda apa2 yg mnarik kcuali result peperiksaan paper Julai keluar...
Keputusan yg amat memeranjatkn...tak pernah tlintas utk mndapat result sbaik nie...dan Insya-Allah aku akan sambung blaja..dimana..xtau lg...
Buat smua kengkawan aku yg pnh bg support..thanks banyak2....jasa baik korang xdapat aku nak bls...

4 Oktober 2009

Salam wat semua...
Xda topik yg menarik wat 2-3 hari nie...
Hari ni, awal pg sudah hujan...menanti mentari yg tenggelam disebalik awan-awan...
Diam xdiam..dah 15 hari kita beraya...cepat sungguh masa berlalu...
Terimbas kembali berita semalam mengenai gempa bumi yg melanda Indonesia...terlintas di mandala ingatan saya ni..bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. untuk menguji keimanan hamba-Nya...setiap yg belaku tentu ada sebab dan hikmahnya...
Cuma saya terfikir sejenak...kenapa tiap kali gempa bumi mahupun tsunami..pasti yang 'terkena' dahulu adalah Indonesia...entahlah...
Wat keluarga yang telah kematian ahli keluarganya..banyak-banyaklah bersabar..mungkin ni adalah dugaan yg telah diturunkan oleh Allah S.W.T. untuk anda..
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah wat insan yg telah kembali ke Rahmahtullah...
Bismillah..........Amin....

Sabtu

Wanita

Ketika wanita diciptakan..
Ia haruskan untuk menjadi seorang yg istimewa..

Wanita..
Diciptakan bahunya..
Cukup kuat untuk menopong dunia..
Namun, cukup lembut..
Untuk memberikan kenyamanan..

Wanita..
Diberikan kekuatan dari dalam..
Untuk melahirkan anak dan menerima penolakkan..
Yang sering kali datang dari anak-anaknya..

Wanita..
Diberikan kekerasan..
Untuk membuatnya tetap tegar ketika insan lain menyerah..
Mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan lelah tanpa mengeluh..

Wanita..
Diberikan kepekaan..
Untuk mencintai anak-anaknya..
Di dalam setiap keadaan..
Bahkan ketika hatinya disakiti oleh anak-anak..

Wanita..
Diberi kekuatan..
Untuk mendukung suaminya..
Dalam kegagalan di dalam setiap perkara..
Dan menglengkapi dengan tulang rusuk suaminya..
Untuk melindungi suami tersayang..

Wanita..
Diberi kebijaksanaan..
Untuk mengetahui bahawa suami yg baik..
Takkan melukai isterinya...
Tetapi kekadang menguji kekuatan dan ketetapan hati..
Untuk berada disisi suami tanpa syak dan ragu..

Wanita..
Diberikan airmata..
Untuk dititiskan..
Ia adalah miliknya dan digunakan bila ia diperlukan..

Kecantikan wanita..
Bukan dari pakaian yg dikenakan, susuk yg ditampilkan..
Atau bagaiamana ia menyisir rambutnya..
Kecantikan wanita harus dilihat dari matanya..
Keranai disitu adalah pintu hatinya,,
tempat dimana cintu itu wujud..

Jumaat

Kadang-kadang cinta, dan adakalanya benci...

Aku tahu di hatimu ada dia...
Aku tahu di hatimu tiadanya aku...

Namun aku biarkan di hatiku adanya kamu...
Kerna aku menyintaimu...
Berat hatiku tuk berjauhan denganmu...
Walaupun kau sebaliknya...

Aku memberikan kepadamu sebuah cinta suci...
Kasih sygku pdmu umpama bintang berkerlipan di langit mlm...
Setiap bintang itu akan ku ukir namamu...
Mengharapkan dirimu sentiasa menyinari hatiku ini...

Bila aku kesunyian di malam yang sunyi...
Akan kupndg setiap bintang tersebut agar ia stiasa mnemaniku
Namun, harapan hanyalah tinggal harapan...
Kau telah pergi..pergi untuk bersama dengannya...

Diriku hanyalah kosong di matamu...
Diriku hanyalah palsu yang tiada nilainya...
Di hatimu...

Hati ini amat pedih...bila kau pergi...
Hati ini amat sedih...bila kau hilang...

Hilang dari pandanganku...
Hilang dari pendengaranku...
Hilang dari tanganku...
Hilang....hilang dihatiku...

Tapi dimindaku...masih mengingatimu sebagai teman...

Khamis

Tiada Lagi kau disisiku

Mentari merah muncul kembali
Tandanya tewas lagi rembulan semalam
Aku terjaga bersama senyuman yang mengukir jelas
Bersyukur kerana mampu bernafas lagi
Semuanya indah di mata kasar
Bagaikan tiada yang kurang
Walaupun pada hakikatnya tidak
Kesunyian dan kesepian yang membelenggu
Kian meruntun benakku mengimbau kenangan silam
Bahagianya aku disisimu…sayang

Pantasnya aku mempercayaimu
Berikan keikhlasan dan sepenuhnya cinta
Seperti tiada yang mampu menghalang kau dan aku
Namun atas nama takdir, kau pergi jua
Untuk mengikat janji bersamanya

Pertemuan yang telah diatur
Aku kini kau pinggirkan
Tiada lagi kata-kata cinta
Dan bisikan aku memerlukanmu..sayang
Tiada lagi sentuhan manja
Belaianmu yang kudamba
Tiada lagi berbalas renungan
Jernih matamu bersinarkan kasih sayang
Tiada lagi kau disisiku
Cuma mimpi yang dapat menemukan kau kepadaku
Sayangku….

1 Oktober 2009

Ni ada catatan ckit - Alkisah untuk membunuh Syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedlm-dlmnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain..

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".
"tak pe la...kita tunggula malam". jawap si suami

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata...

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"