BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Kawan Karib

Kawan Karib

Jumaat

Hari lahirku

Saat ni..baru lpas kmaskn diri..maklumlah bju lpas dibaling tepung...trima kasih kat spupu tsyg...nurul fatin azira...kwn baikku...siti aishah dan aishah aminuddin...

xlupa juga..yg cuba menarik phatianku utk leka sbntar..aini, saida, dan juga jannah..pada mulanya linda dh agak smua ni akan blaku sbb ttba je pintu umh tbuka...linda pun tutup dn xsmpai 2minit..ada yg mmbukanya smula...

knangn ni xmngkin linda lupakan..thanks all...

Rabu

23 November

Hari ni dah 4 ari linda pulang ke UPSI...br mnggu ptama dh ada assignment..mkin mengkar smester makin byklah tugasn yg hndak dilakukn...dn lg byk diut tuk dkeluakn

Tugasan group..anis dh x satu group ngn kami (ika,ekin dan saya)..bb?? dh xnmpk batang hidung pas ari ambik kunci asrama..tah sihat ke x..Allahualam...dah serik dh atas apa yg dh blaku antara kami...

Persahabatan antara saya dn anis..xda msalah..sma juga ngn ekin..cuma ika..xtau la..mcm mana nk pulihkn pshbtn kami...dn saya berharap sgt agar kami kmbali spti dlu...

Oklah smpai disini dlu coretn dr saya...lagi 2hari ulangtahun saya yg ke 25..dh tua rupanya...tah la..kjutn pe yg diorg rancngn pon tah la...oklah bye

Isnin

kisah aku..

Agaknya sudah lama tdak menaip mengenai hal diri sendiri...alhamdunillah..dengan izin Yang Maha Esa...aku masih bnafas di muka bumi ini...

Hari Raya Haji sudah hampir tiba..rasanya tahun ni xbraya di mana2 sbb masalah kwangan...braya di kpg sndiri (walaupun hnya perumahan taman)

hari ni 1hb nov...maknanya lagi 19 hari lagi saya akan pulang ke UPSI untuk myambung pngajian..dah msuk sem 3 dh skunk ni..macam xpcaya lak...hheheheeee...

smpai di sini dlu la catatan mgenai diri saya...

Khamis

Jahatnya........Israel....

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom saya nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Ahad

Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Jumaat

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

8 Oktober

3 hari lepas birthday ex bf saya...dan hari ni lak birthday buah hati saya yug tsayang....

byk dugaan dan cabaran kami ketika dlm proses mgenali hati budi masing2...sorang kat taiping, perak...sorang g kat pekan, pahang lak..mana xtimbul rindu, jeles dll....

bila difikirkn balik dh 6/7 thn kami bkwn dn bcinta...klu dh kawen..ank dh sek pon...hhehehehe...oklah smpai di sini dlu coretan saya...hhuuhuuhuu...

Rabu

5 Oktober 2011

Assalamulaikum..
rasanya dah lama xtaip msg ttg diri sendiri..byk yg taip tuk ingtn diri sndiri dan wat yg sudi membaca blog saya..

Ari ni genaplah umo bekas bf saya yg ke-27...bila difikir balik..kenangn bsama dia byk mguji keimanan walaupun kini dia sudah bergelar suami org....

Dan esk, 6hb okt...saya akan menghadapi peperiksaan semester ke2...rasanya bru smlm berdaftar utk kmasukn sem pertama..bergitu cepat masa blalu shingga kita sndiri xsedar umo kita makin hari makin meningkat...

Rasanya ini shja yg saya ingin kongsikan wt semua...sekian...

Khamis

4 golongan lelaki ditarik masuk ke neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Selasa

Teka-teki 2

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran
?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

12 Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


Di Sebalik Angka 7

Pertama
Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An-Naba’ ayat 12:
“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh.”
Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.


Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 16,
“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya. ”
Tujuh bintang yang dimaksudkan adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.


Kedua
Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan 7 lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat 12,
“Allah-lah yang telah menciptakan 7 langit dan bumi seperti itu pula ….”
Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan 7 lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27,
“… dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya.. .”
Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam, Hindustan, Rum, dan Maghrib.


Ketiga
Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkatan, iaitu neraka Jahannam, Sa’ir, Saqar, Jahim, Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa’ir dalam surah Al Inshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma’arij ayat 15 dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari’ah ayat 9.
Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44,
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.”


Keempat
Allah menghiasi Al Quran dengan 7 surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87,
“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (iaitu Al Fatihah) dan Al Quran yang agung.”


Kelima
Allah menghiasi manusia dengan 7 anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud. Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat saraf, tulang-belulang, daging, darah dan kulit.


Keenam
Allah menghiasi umur manusia dengan 7 tingkatan (tahap). Pada masa baru lahir dinamakan tahap radhi’ (menyusu), kemudian tahap fathim (disapih), tahap shabiyyi (bayi), tahap ghulam (kanak-kanak) , tahap syaab (pemuda atau remaja), tahap kuhul (meningkat usia antara 30-50 tahun) dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi 7 tahap umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha IllAllaahu Muhammadur Rasuulullaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19,
“Sesungguhnya (kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).”


Ketujuh
Allah menghiasi dunia ini dengan 7 negeri yang besar, iaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah, Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Syiria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya’juj dan Ma’juj, dan 7. Cina Turkistan.

Allah menghiasi 7 negeri yang besar ini dengan tujuh hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, iaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Daud dengan hari Isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya’qub dengan Rabu, Adam dengan hari Khamis dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.


Secara amnya, masih banyak lagi rahsia angka tujuh yang lain. Dalam masyarakat kita juga mengenal tradisi dengan angka tujuh contohnya hamil tujuh bulan, tujuh hari kematian, sumpah tujuh turunan dan lain-lain.


Kehamilan pada usia tujuh bulan dimaksudkan kerana pada umur tujuh bulan ini si janin sudah dalam keadaan sempurna, baik dari segi fizikal mahupun ruhnya dan siap untuk dilahirkan. Manakala mengenang tujuh hari kematian kerana pada hari ke tujuh ini para ahli waris sudah mulai melupakan atau menerima kepergian si mati. Tentang sumpah tujuh turunan, kerana kita pada kebiasaannya mengenal nasab kita ke atas rata-rata sampai peringkat tujuh keturunan sahaja, bagi keturunaan kelapan dan seterusnya mungkin kita sudah tidak mengenalnya lagi.


Namun begitu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri tidak pernah mengajarkan tradisi-tradisi yang disebutkan tadi. Begitu pula dengan para Imam Mazhab dan para ulama tidak pernah mengajarkan hal-hal yang demikian. Dan yang pasti hanya Allah yang tahu rahsia angka 7 tersebut kerana Dialah yang menciptakan.

Isnin

Kisah di neraka..naudzubillah…✿

(Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..)

Ini al-kisah dari kwn saya...saya hnya copy n paste utk bacaan saya dan harap ia dpt dikogsikan bsama rakan2...

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

1. Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH.

Sabtu

Kenangan manis dan pahit

Salam semua..rasanya dah lama xcatitkan al-kisah saya disini...

kenangan manis ketika pelajar upsi, jurusan pakk, semester 2, group c p ke Tadika PERMATA Bercham..kenangan yg xdpt dilupakan...segala keletihan kami hilang apabila melihat kecomelan kanak-kanak yang berada di tadika tersebut...

kenangan pahit lak...rasanya kawan saya masih marahkan saya...sebab??? rasanya salah saya juga sbb tiba2 angin apabila kwn ni xwt kje..asyik mgharapkan org lain..dia wtpe??bergayut dgn buah hati..saya bkn xbg..cuma ada masa dn ketika kita patut fokus kpd keje dan ada ketika nk gayut smpai subuh pon silakan...nk bgayut 24jam...48jam..silakan...ada aku kisah...

skrg ni dia tu dh block saya dr jadi kwn dia dlm fb...tah la..jgn kerana lelaki/jantan pesabatan yg dibina musnah smuanya...pshbtn akan kekal selamanya..tetapi pcntaan..klu ada jodoh berkekaln la anda..klu x...usaha la cmne pon..akan bpisah jua...

renung2kanlah

sampai di sini dlu..tahap ksabarn masih lagi di tahap yg normal...

Khamis

Fakta Tentang Kentut




S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.


S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.


S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose,stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.


S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.


S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
J: Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.


S: Adakah kura-kura kentut?
J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.


S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.


S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil “seni kentut” (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.


S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas,dan bukannya benda yang lebih hebat?
J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.


S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

Ciri-ciri suami

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?...
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P

CAHAYA HIKMAH RAMADHAN DAN MALAM AL-QADAR

Dialog Nabi Musa (as) dengan Allah tentang Malam Al-Qadar
Rasulullah saw bersabda tentang dialog Nabi Musa (as) dengan Allah swt.

Nabi Musa (as) berkata: Ilahi, aku ingin dekat dengan-Mu
Allah menjawab: Aku dekat dengan orang yang menghidupkan malam Al-Qadar.”

Nabi Musa (as): Ilahi, aku ingin kasih sayang-Mu.
Allah swt: Kasih sayang-Ku untuk orang yang menyayangi orang-orang miskin di malam Al-Qadar.

Nabi Musa (as): Ilahi, aku ingin keselamatan dalam melintasi shirathal mustaqim.
Allah swt: Keinginan-Mu itu untuk orang yang Bersedekah di malam Al-Qadar.

Nabi Musa (as): Ilahi, aku ingin pohon dan buahnya di surga.
Allah swt: Keinginanmu itu untuk orang yang bertasbih di malam Al-Qadar.

Nabi Musa (as): Ilahi, aku ingin keselamatan dari neraka.
Allah swt: Keinginanmu itu untuk orang memohon ampun di malam Al-Qadar.

Nabi Musa (as): Ilahi, aku ingin redha-Mu.
Allah Azza wa Jalla: Keinginanmu itu untuk orang yang melakukan shalat dua rakaat di malam Al-Qadar. (Mustadrak Al-Wasâil 7: 456)

Hanya Kerana 20 Sen...

Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan harga 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Selasa

Hari selasa yang penuh bermakna...

Salam semua..hari ini saya kembali ke U.P.S.I untuk menyambung kembali perjalanan pengajian saya...bila difikir2 kan balik...hari selasa pnuh bmakna...

yang pertama pada 23hb Ogos..masa ni saya pulang ke kampung halaman...berseorangan saya di kelas pertama ktmb..pada mulanya..saya balik kpg pada hari sbtu 27hb ttapi memandangkan kelas last pada hari Isnin, maka baliklah saya ke kpg pada hari selasa...

yang kedua..pada 30hb ogos...dimana seluruh umat Islam di muka Bumi Allah ni menyambut Hari Raya Aidilfitri...kenangan yang paling indah tak dpt dilupakan...kwn baikku, mimi farhana mngandung ank kedua dan ain pula mngandung anak ptama..ain kemungkinan dlm bulan Syawal ni, keluarlh bayi lelaki dr kandungan nya itu...

yang ketiga..hari ini...6 september..pulanglah seorang pelajar U.P.S.I ke kolej kediaman...bersama sepupu tsyg...fatin azira...hehehehee...kenangan kami..byk brg yg diangkut..seolah2 xingin pulang ke kpg...

itu saja la..tp bila difikirkn kmbali...saya dilahirkan ke muka Bumi Allah ini pada hari selasa juga...
Hari Selasa yg bermkna buat insan yg bernama Lynda Hassim...

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam..

Ahad

Senyuman

Senyuman
Ia percuma tetapi amat berharga
Ia menjadikan penerimanya kaya
Tanpa menjadikan pemberinya miskin
Seperti kilat
Tetapi berlegar di ingatan
Sepanjang masa

Senyuman
Tiada siapa yang terlalu kaya
Hingga tidak memerlukannya
Tiada siapa yang miskin
Hingga tidak mampu memilikinya

Senyuman
Ia membahagiakan sebuah rumah tangga
Kemesraan dalam persahabatan
Dan kebaikan dalam perniagaan

Senyuman
Ia memberi kekuatan kepada yang keletihan
Memulihkan semangat kepada yang kecewa
Menggembirakan kepada yang kesedihan
Dan ubat yang mujarab kepada kesunyian

Senyuman
Ia terlalu berharga sehingga tidak dapat
Dijual beli, dipinta, dipinjam, dicuri


Maka serikanlah wajah dengan SENYUMAN

cinta, kasih, sayang, rindu dan benci

Satu hari di dalam kelas....

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG....(^_~) ♥♥♥

Jumaat

‎~Lelaki Sejati~


★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya yang melebar dan mengharumi buana.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi daripada sikap bersahabatnya pada semua generasi.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya pukulan, tetapi daripada sikap bijaknya memahamipersoalan.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada dadanya yang bidang, tetapi daripada besarnya Qalbu untuk ummah ini.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya Sang Ibu & Isteri.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah beban yang dipikulnya, tetapi daripada tabah & Sabarnya dia atas liku-liku mengharungi JALAN INI,

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya membaca kitab suci, tetapi dari amal Istiqamahnya dia dlm merealisasikan apa yang ia baca....

Ahad

Teka-teki

Teka-teki Imam Ghazali rah.a
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negera China “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sabtu

Peliknya Manusia

PELIK YA,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

PELIK YA,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK YA,
betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.

PELIK YA,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.

PELIK YA,
dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK YA,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK YA,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK YA,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bacaannya lama dan panjang.

PELIK YA,
rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

PELIK YA,
ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK YA,
susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK YA,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mel internet SMS, MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

PELIK YA,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mel tapi bila berpesan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Jumaat

Bestnyer Jadi Kaum Hawa

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C: “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D: “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C: “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab

keluhan remaja perempuan A: “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A: “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B: “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C: “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D: “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?” Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Rabu

Hayatinya wahai kengkawanku....

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time Sembahyang Jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..xda masa

3 Ogos 2011

salam 1 Malaysia...
arini sampai KHAR pd jam 11.30pg..smpai2 aje kmas brg dan buka lp...
sebelum smpai asrama..singgah KTMB nak bli tiket tuk raya nnti...
check lah ari 27hb ogos ni...tiket pg smua abis...ptg yg ada 1st class aje...ahad..pg dan ptg abis...nk xnk tpaksalah ambik tiket ari sbtu..1st class...first time ni, naik ketapi 1st class...pe rasanye..heheheheee
terbanglah duit rm40...sedih tul...nk wt cmne...kerna tpaksa..hehehehee...
ptg ni ada klas ke x, entahlah..smua xtau..klu ada..kmungkinn ada kuiz keusahawanan...baca buku??xpon...jwb je la jab g....hehehheeee...

Selasa

Tiga Kata -KRU

Lagu ini ditujukan
kepada mereka yang sudah lupa
erti cinta

Hanya tiga kata saja
cukup besar maksudnya

wo ai ni
i love you
aku cinta padamu
tiga kata paling bermakna
tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
saranghaeyo
aishiteru
tiga kata paling menyentuh
tapi jarangnya disebut

mungkinkah kerna kita
dah terlalu selesa
keintiman seolah
semakin hambar
dari gerak gaya
hingga ke tutur kata
tak menggambarkan cinta

katakan ci..ci..cinta
ci..ci..cinta kamu
katakan ci...ci...cinta
ci..ci..cinta

walaupun kita saling sayang
satu sama lain
tapi kenapa sukar
meluahkan rasa
berikan mereka tahu

andainya hari esok
ditakdirkan berpisah

dalam kesibukan kita
seringkali mula hilang
kemesraan dengan mereka disisi
tak rasa bersyukur
tak rasa berbangga
mempunyai bahu setia
untuk kita bersandar
pejamkan matamu
lihatlah dihatimu
semua kasih terhimpun
dibiarkan terkurung
jadi keluarlah sekarang luahkan

aku cinta padamu
wo ai ni
i love you

Sabtu

Salam Ramadhan

KEMASUKAN BARU KE UNIVERSITI
Tarikh : 1 Ogos 2011
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
C0urse wajib : Berpuasa
C0urse special : Terawih
C0urse tambahan : Bace quran, zikir, s0lat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah takwa
K0nvo : 1 Syawal
* Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
c0urse : P0se 6 . . .
Jom join !!

♥ Sesuatu yang BAIK belum tentu BENAR
♥ Sesuatu yang BENAR belum tentu BAIK
♥ Sesuatu yang BAGUS belum tentu BERHARGA
♥ Sesuatu yang BERHARGA/BERGUNA belum tentu BAGUS
♥ Jika kita tidak bisa menjadi orang yang pandai...jadilah orang yang baik
♥ Jika kita berbuat baik,kebaikan pula yang akan kita terima kelak ♥

✿ Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam..
✿ Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa..
✿ Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim..
✿ Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

kenangan 22 Julai 2011

Berbalik pada nota sebelum ni..smua kengkwn udah pulang ke kpg masing2...tiba2 tergerak hati ni tuk post kat wall facebook yg bbnyi 'sapa2 yg xbalik kpg...jom kuar g jln2'..maka xsmpai beberapa minit..ada yg bebalas...terutama datu sabri dn anis...atau nama sebenar rosmaniza...hehhehee...diorg ajak g jln2 dengan menaiki basikal yg dsewakn..

Lepas Asar, bermulalah pjlnn kami...bkn anis dan datu saja..kak ana..jijie, marcela, raja intan, iza, leay, tmasuklh david...best sgt2 smlm...kenangn plg best utk sem 2 nie...rugi bb, ika dan ekin xda..klu x..mesti suasana lg gempak gila....



ni gmbr kami..smasa dlm pjlnn pusing2 KHAR dan KUO..hehehhee...




Jumaat

Sunyinya Asrama...

sedihnya bila kwn2 ku smua sudah pulang ke kpg..maklumlah cuti ptghn semester...aku??sabtu pg baru balik...sunyinye asrama...kwn bilik aku..ayu dh pun pulang pkl 12.30tghari td...bsama maziah..sue pula dh balik pg td...

Spupu aku dah balik pg td...ct aishah pon balik dh...ika balik pg td...ekin lagi awl..smlm pas klas dh pon balik...agaknye pe yg dilakukn oleh ekin skunk ni...anis xbalik kpg tp mybe kuar ngn buah hati dia..bb??mybe pon kua bsama yg tcinta...mklumlh kpg jauh...nun di sabah...tnggallah aku seorang diri..sedihnye..tp xpa..esk akan mjelma...akn ku pulang ke kpg...wlaupun hnya rumah taman..hehheheee

wt kwn2 ku sekalian..hati2 bila berada dikpg...andai umur kita pjg dan ada rezeki...kita akan jmpa semua pada ari rabu 3ogos 2011...kerna aku cuti smpai ari rabu..hehehee..ptg rabu br ada klas..bolehlah berpose bsama keluarga tsyg...

oklah smpai disini dlu..bye2...

Rabu

Sahabatku...

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Jumaat

15 Julai 2011

Hari yang agak memenatkan namun akhirnya berjaya menyiapkan assignment tuk klas en khairi...thanks a lot to.. ika, anis, bb, wawa, ifa dan ekin..Ekin? rasanya dia dh smpai ke kpg halamannya..maklumlah nk jd pngapit...hehehehee...

Lagi 30 minit birthday siti aishah..agaknya pe yg akan menanti..nk baling tepung pon xleh..sbb smua cbuk ngn pbncangn kump...alamatnya..mkn kek aje la...wat siti aishah..happy birthday..dh tue rupanya ko..hahahahhaha..

oklah..nk berangkat ke bilik siti aishah..nk smbut birthday dia, smpai di sini dlu coretan arini....

Khamis

Maksud Nama Dalam Istilah.....

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus

Rabu

Rakan Exco Di KHAR

Salam semua...
Smlm suhu tnggi melanda tubuhku...atau dlm erti kata lain..demam..ni baru baik ckit..cuma selesema je la..masih melanda..
Rakan bilikku..ayu dah berjaya menjadi rakan exco..sue dan aqilah (1 umh ngn aku) pon dh dpt..nasib aku?? aku dh mntak dan dh isi borang pon..bahagian ekonomi dan keusahawanan..mgkin xda rezeki kot..dan mngkin yg mntak ramai dan yg bkelayakkn tnggi dr aku pon bnyk...
sedih!!mmg la sedih juga sbb xdpt..mgkin ada sbb dan hikmah knapa aku xdpt..bak kata org..setiap yg blaku pasti ada sbb dan hikmah..dan satu g...org yg beria2 nk xkn dpt dan org yg 50-50 tu yang dpt...
aku berserah saja la pada Yang Maha Esa..sbb yg akan blaku dan tlah blaku dah tertulis..dan reda je la..
nak layan fb lak nie..

Isnin

Kau Selamanya...

aku amat sayang kamu
dari dulu hingga kini
tak terubat ku terlena keranamu

walau apa pun terjadi...
aku setia menyayangi
diri kamu kan berada di hatiku

kau insan teristimewa
dulu kini selamanya
ku terima kan dirimu oh sayangku

ku harap kau pun bergitu
sama-sama mencintai
oh indahnya cinta ini bersamamu

terimalah diriku seadanya sederhana
ku berserah kepadamu

Rindu...Cinta...Kasih..

rindu...
kenape harus begini n kenapa harus begitu???...
kenapa harus terjadi pada masa ini kenapa tidak masa dulu???
mengapa harus salahkan takdir yg terjadi???
kenapa xsalahkan diri sendiri?

cinta...
kenapa mencintai, mengapa dicintai???
kenapa perlu disakiti???
mengapa perlu menyakiti????
dimana kebahagiaan yg hakiki???
yang sering dicari2 dalam kehidupan abadi...

kasih...
kasih mengasihi???
apa ertinya jika sukar utk dimaafi dan memaafi???

mengapa sukar utk diperbaiki hubungan ini?
siapa yang salah...
siapa yg patut dipersalah?
n akhirnya....
aku yg mengalah...
mengalahkah aku?
atau hanya untuk menyedapkan hati?
sedapkah hati ku
pabila ianya terus terjadi???
apa yang akan terjadi
jika ianya berterusan begini...

aku runsing...
aku pening...
aku serabut...

penatkah aku ketika ini
dengan semua yang sedang terjadi kini?

jika begini...
mengapa masih lagi mendambakan cinta...kasih...rindu...
dari lelaki yang dicintai...dikasihi...diridui...


apa yang mampu dilakukan...
hanyalah berdoa...berusaha...bertawakal kepada ilahi...
semoga ianya mempunyai hikmah kebahagiaan yang tersembunyi...

BERGITU CINTAKU PADAMU

Dalam merasakan cinta
Kadangkala ia membahagiakan
Kadangkala ia menyakitkan

Ingin dicintai
Apabila mencintai
Hati berdebar-debar terasa
Pabila berdepan denganmu
Diri ingin melarikan diri darimu
Tapi hati tetap ingin dekat denganmu

Apabila aku mencintai seseorang
Kaulah yang ku cintai
Apabila aku merindui seseorang
Kaulah yang ku rindu
Apabila aku membenci seseorang
Kaulah yang ku benci

Bertentang mata denganmu
Membuat diriku asyik
Berbicara denganmu
Membuat diriku ingin bersua denganmu
Walau seketika cuma

Ku simpan perasaan hatiku padamu
Ingin saja ku luahkan
Tapi jiwa gementar menguasai diriku

Semakin ku simpan perasaan padamu
Semakin mekar kembang berbunga cintaku padamu
Bergitu cinta Adam dan Hawa
Bergitu cinta Zulaikha pada Yusuf
Bergitu cinta Khadijah pada Muhammad
Itulah hakikatnya cintaku padamu
Tidak ternilai harganya
Itulah cintaku padamu

Aku sentiasa mencintaimu
Aku sentiasa merinduimu
Hatiku yang satu ini adalah milikmu
Kerana engkau sentiasa bertahta dihatiku.

Kenangan Semester 1/2010

kenangan bersama Nurul Fatin Azira,Nuraishah Aminuddin, Siti Aishah, Nurlieana Ramli, Nuraisyah Rani, Mashitah dan Atiqah....termasuklah kenangan bersama rakan2 yang lain...semasa proses pngajian pada semester lepas...



Gambar ni diambil ketika kami semua mngadakan jamuan mkn mlm yg boleh dikirakan yg terakhir dan pada masa yang sama mnyambut hari kelahiran kak mashitah...Kenangan yg masih segar dalam mandala ingatanku ini...



Seterusnya, gambar ketika mnyertai ajk tuk majlis retari..bukan teruk sgt pon..tlg angkat prop je dan tolong jahitkan manik pada bju peserta..baju yang diorg pakai ni, yang manik2 tu, saya la yg mnjahit...kita terror jugak la bab mnjahit tgn ni..hehehehehhe...



Gambar ni pulak ketika aku, yana ramli, ecah dan zira pi ke hot spring..klu xsilap kat slim river...ke atas lg..kenangan ni masih segar dalam ingtan..yang xdapat dilupakan ketika aku hampir2 lemas dan cermin mata aku patah....sedihnye....tp pngalaman lebih bmkna dari alkisah cermin mata..hehehheheee..



Seterusnya ketika kelas kami..group c..mngambil gmbr..kesemua plajar pompuan mmakai baju wrna pink...bak kata org..pink colur...yg lelaki..wrna bebas la kot..klu pakai pink kang...dah dikategorikan sebagai 'tut'..hehheheee..



Gambar atas leh dikategorikan skema la kan..yg ni kategori nye lak....santai..hehhehee...mmg knangan yg paling best la...smua sporting...



oklah...smpai disini dlu..klu ada pkara yg masih segar dlm ingtan ku ini...akanku coretkan dan taipkan tuk dikongsikan bersama...bye2...

Sabtu

Rakan Terbaik Di U.P.S.I

salam..ni adalah senarai rakan terbaik smasa blaja kat U.P.S.I.kwn sntiasa berada di sisi ketika susah mahupun snang...ni smua kengkawan yg sma course ngn saya..pendidikan awl kanak2..zira, ecah dan siti merupakan rakan bilik pada semester 1..manakala anis, bb, dan ika merupakan rakan dari sem 1 hinggalah sekarang..walaupun pelbagai krisis melanda..korang sntiasa yg tbaik..



pertama...Nurul Fatin Azira bt Yaacob..nama panggilan angah atau zira..dari aloq staq ni..angah ni merupakan kwn baik merangkap sepupu saya...walaupun usia agak muda..tapi pmikiran dan pndapat..alhamdunillah..boleh diterima pakai...



kedua...Nuraishah Aminuddin..atau nama panggilan ecah..ni dari sg petani..kedah..yg ni penakut sikit..klu roomate dia, siti aishah tido, alamatnya..mlm tersebut..tido lah ecah bsama angah...knangan yg xleh dilupakan ketika saya menutup lampu ketika ecah mndi, jeritan ecah..dasyat tue...hehheheheee..jgn mare ye ecah..




ketiga..Siti Aishah..atau nama panggilan siti..siti ni simple owgnye..cuma bila brsama dia..mesti ada pkara yg lucu utk dikertawakan...siti aishah ni berasal dr Melaka..bandar bersejarah..siti aishah..eerrmm..xda pe yg menarik utk dikongsikan..cuma bersama dia, happy xterkira...



keempat..Nurul Zulaika bt Arshad..nama panggilan ika, dari segamat, johor..ika..insan yg baik dan sntiasa inginkan pshabtn kami kekal...trima kasih sbb ika sudi memaafkan saya nie..dan sudi trima saya smula sbagai kwn ika..maaf ye..bru2 xdpt nk teman ika ke ktmb...ada masalah ckit..



kelima..Rosmaniza bt Ahmad..atau nama panggilan anis..dari sabah..tp xpasti daerah mna..anis..pdiam gak owgnya..anis..saya pon nk minta maaf dan trima kasih sbb sudi maafkan saya...saya minta maaf juga kat anis..klu da wt anis tsinggung ye..



dan yg terakhir...bb..nama pnuh Bibiani bt Jusalim.....dari sabah juga tp xtau daerah mna..seorang yg comey..wat bb...saya pon nk minta maaf..saya tau saya byk wt bb tersinggung..maafkan saya..ye..dan saya syg bb....




saya mngucapkan trima kasih atas persahabtan yg tak terkira ini..andai kata ada mnguris hati sesiapa..saya mntak maaf..saya hnya insan biasa dan sntiasa mlakukn kslahan..tegur2 la saya jika ada mmbuat kslahan mahupun ksilpn...skali lagi trima kasih atas persahabatan yg tak terkira ni...

30hb Jun 2011

Hari ni ada inteview kat Majlis Daerah Tapah...moga2 dpt la..bkn xnk blaja..tetapi program yg aku ambik ni...open market...lom corfirm jadi cikgu..memang la org kata kje ngn blaja baik blaja lg..tp memandangkn umo aku bkn la muda sgt lg...rasanya keje yg kira bersangkut dengan kerajaan ni kira yg tbaiklah...

Tapi nasib aku xbrapa baik la..ada exam pnilaian lak..mguji tentang tapah..hentam saja la...jwpan..diorg nak markah 80% ke atas..aku lak dpt 70% aje..kira nasib xbaik la..kwn aku..dpt 85%..kira nasib dia la...pas exam..de inteview lain lak..nasib dia la kn..tu pon tak tau dpt ke idak..

Sekurang2nya aku tau la aku xdpt dan xmenaruh harapan tuk bekerja di Tapah..mungkin nasib aku di UPSI ni..tapi skurang2nya aku xda la mnyesal klu xg inteview kan..klu xg..mgkin akan tfikir..ruginya aku xg..tp dh tjadi cmni..skurang2nya ada gak pngalaman..k la..smpai di sini aje la dlu..

Selasa

Kenangan Manis 20hb hingga 24hb Jun 2011..


Kenangan yg paling manis...ketika menyertai kem....first time dlm hidupku ini mnyertai kem...slalu kem motivasi shja..terlalu bnyak kenangan yg xdapat dilupakan...trima kasih kepada pensyarah..En Syariefudin...tanpa beliau aku xmungkin dpt mnyertai kem ini...

1/6/2011

pada 1/6/2011..aku memulakan perjalanan hidup sbagai pelajar upsi..byk kenangan manis ketika berada di semester 1..kenangan bersama roomate aku..fatin azira...housemate aku...ecah. siti aishah, kak mas..atiq...cah dan juga yana...
yang paling best..birthday aku sama ngan yana iaitu pada 25hb november...cuma beza tahun kelahiran shaja...
exam semester lpas..alhamdunillah..walaupun xdpt 'dekan' alhamdunillah..xda paper yg kna repeat dan yg paling penting smuanya mendpt 'b'..b- ada b+ ada, b pon ada...