BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Kawan Karib

Kawan Karib

Khamis

Tiada Lagi kau disisiku

Mentari merah muncul kembali
Tandanya tewas lagi rembulan semalam
Aku terjaga bersama senyuman yang mengukir jelas
Bersyukur kerana mampu bernafas lagi
Semuanya indah di mata kasar
Bagaikan tiada yang kurang
Walaupun pada hakikatnya tidak
Kesunyian dan kesepian yang membelenggu
Kian meruntun benakku mengimbau kenangan silam
Bahagianya aku disisimu…sayang

Pantasnya aku mempercayaimu
Berikan keikhlasan dan sepenuhnya cinta
Seperti tiada yang mampu menghalang kau dan aku
Namun atas nama takdir, kau pergi jua
Untuk mengikat janji bersamanya

Pertemuan yang telah diatur
Aku kini kau pinggirkan
Tiada lagi kata-kata cinta
Dan bisikan aku memerlukanmu..sayang
Tiada lagi sentuhan manja
Belaianmu yang kudamba
Tiada lagi berbalas renungan
Jernih matamu bersinarkan kasih sayang
Tiada lagi kau disisiku
Cuma mimpi yang dapat menemukan kau kepadaku
Sayangku….

0 ulasan: