BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Kawan Karib

Kawan Karib

Isnin

21 Oktober 2009

Salam wat semua...
Hari ni aku terserempak ngan guru besar sekolah rendah aku...TMGS...aku pada mulanya tidak bergitu mengenali sehinggalah aku terdengar suara dan akhirnya aku bertegur sapa ngan Pn Zaiton....mmg btul tekaan aku....itulah guru besar sek ren aku dlu dan dengan jasa beliau telah mengajar aku subjek sains ketika aku darjah 6..kini....beliau dah pun bersara...bergitu cepat masa berlalu...tapi yg pastinya aku masih mengenali guru-guru yang banyak berjasa kepadaku...dan segala bakti dn pngorbnan mereka...tidak mungkin aku lupakan....terima kasih wat semua guru-guru....xkira lah yg mngajar aku mahupun tidak....

Ahad

9 Oktober 2009

Hari ni xda apa2 yg mnarik kcuali result peperiksaan paper Julai keluar...
Keputusan yg amat memeranjatkn...tak pernah tlintas utk mndapat result sbaik nie...dan Insya-Allah aku akan sambung blaja..dimana..xtau lg...
Buat smua kengkawan aku yg pnh bg support..thanks banyak2....jasa baik korang xdapat aku nak bls...

4 Oktober 2009

Salam wat semua...
Xda topik yg menarik wat 2-3 hari nie...
Hari ni, awal pg sudah hujan...menanti mentari yg tenggelam disebalik awan-awan...
Diam xdiam..dah 15 hari kita beraya...cepat sungguh masa berlalu...
Terimbas kembali berita semalam mengenai gempa bumi yg melanda Indonesia...terlintas di mandala ingatan saya ni..bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. untuk menguji keimanan hamba-Nya...setiap yg belaku tentu ada sebab dan hikmahnya...
Cuma saya terfikir sejenak...kenapa tiap kali gempa bumi mahupun tsunami..pasti yang 'terkena' dahulu adalah Indonesia...entahlah...
Wat keluarga yang telah kematian ahli keluarganya..banyak-banyaklah bersabar..mungkin ni adalah dugaan yg telah diturunkan oleh Allah S.W.T. untuk anda..
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah wat insan yg telah kembali ke Rahmahtullah...
Bismillah..........Amin....

Sabtu

Wanita

Ketika wanita diciptakan..
Ia haruskan untuk menjadi seorang yg istimewa..

Wanita..
Diciptakan bahunya..
Cukup kuat untuk menopong dunia..
Namun, cukup lembut..
Untuk memberikan kenyamanan..

Wanita..
Diberikan kekuatan dari dalam..
Untuk melahirkan anak dan menerima penolakkan..
Yang sering kali datang dari anak-anaknya..

Wanita..
Diberikan kekerasan..
Untuk membuatnya tetap tegar ketika insan lain menyerah..
Mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan lelah tanpa mengeluh..

Wanita..
Diberikan kepekaan..
Untuk mencintai anak-anaknya..
Di dalam setiap keadaan..
Bahkan ketika hatinya disakiti oleh anak-anak..

Wanita..
Diberi kekuatan..
Untuk mendukung suaminya..
Dalam kegagalan di dalam setiap perkara..
Dan menglengkapi dengan tulang rusuk suaminya..
Untuk melindungi suami tersayang..

Wanita..
Diberi kebijaksanaan..
Untuk mengetahui bahawa suami yg baik..
Takkan melukai isterinya...
Tetapi kekadang menguji kekuatan dan ketetapan hati..
Untuk berada disisi suami tanpa syak dan ragu..

Wanita..
Diberikan airmata..
Untuk dititiskan..
Ia adalah miliknya dan digunakan bila ia diperlukan..

Kecantikan wanita..
Bukan dari pakaian yg dikenakan, susuk yg ditampilkan..
Atau bagaiamana ia menyisir rambutnya..
Kecantikan wanita harus dilihat dari matanya..
Keranai disitu adalah pintu hatinya,,
tempat dimana cintu itu wujud..

Jumaat

Kadang-kadang cinta, dan adakalanya benci...

Aku tahu di hatimu ada dia...
Aku tahu di hatimu tiadanya aku...

Namun aku biarkan di hatiku adanya kamu...
Kerna aku menyintaimu...
Berat hatiku tuk berjauhan denganmu...
Walaupun kau sebaliknya...

Aku memberikan kepadamu sebuah cinta suci...
Kasih sygku pdmu umpama bintang berkerlipan di langit mlm...
Setiap bintang itu akan ku ukir namamu...
Mengharapkan dirimu sentiasa menyinari hatiku ini...

Bila aku kesunyian di malam yang sunyi...
Akan kupndg setiap bintang tersebut agar ia stiasa mnemaniku
Namun, harapan hanyalah tinggal harapan...
Kau telah pergi..pergi untuk bersama dengannya...

Diriku hanyalah kosong di matamu...
Diriku hanyalah palsu yang tiada nilainya...
Di hatimu...

Hati ini amat pedih...bila kau pergi...
Hati ini amat sedih...bila kau hilang...

Hilang dari pandanganku...
Hilang dari pendengaranku...
Hilang dari tanganku...
Hilang....hilang dihatiku...

Tapi dimindaku...masih mengingatimu sebagai teman...

Khamis

Tiada Lagi kau disisiku

Mentari merah muncul kembali
Tandanya tewas lagi rembulan semalam
Aku terjaga bersama senyuman yang mengukir jelas
Bersyukur kerana mampu bernafas lagi
Semuanya indah di mata kasar
Bagaikan tiada yang kurang
Walaupun pada hakikatnya tidak
Kesunyian dan kesepian yang membelenggu
Kian meruntun benakku mengimbau kenangan silam
Bahagianya aku disisimu…sayang

Pantasnya aku mempercayaimu
Berikan keikhlasan dan sepenuhnya cinta
Seperti tiada yang mampu menghalang kau dan aku
Namun atas nama takdir, kau pergi jua
Untuk mengikat janji bersamanya

Pertemuan yang telah diatur
Aku kini kau pinggirkan
Tiada lagi kata-kata cinta
Dan bisikan aku memerlukanmu..sayang
Tiada lagi sentuhan manja
Belaianmu yang kudamba
Tiada lagi berbalas renungan
Jernih matamu bersinarkan kasih sayang
Tiada lagi kau disisiku
Cuma mimpi yang dapat menemukan kau kepadaku
Sayangku….

1 Oktober 2009

Ni ada catatan ckit - Alkisah untuk membunuh Syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedlm-dlmnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain..

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".
"tak pe la...kita tunggula malam". jawap si suami

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata...

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Rabu

30 September 2009

Assalamulaikum
Sy ada topik menarik tuk kaum adam
Knapa kaum adam ni suka sangat menyoalkan mahupun ingin berbual ngan kaum hawa mengenai seks...dah xda topik laen ke yang ingin berbual bersama...
Saya tau kaum hawa mempunyai 1 akal dan 9 nafsu..tapi akal ni berpangkat sarjan..kiranya otak ni mengawal 9 nafsu tersebut manakala kaum adam lak mempunyai 1 nafsu dan 9 akal...bagaimana 9 akal yg tidak berpangkat ingin melawan 1 nafsu yg berpangkat sarjan..tu br pangkat sarjan, bagaimana pulak yg lebih tinggi....cuba fikirkan....
Namun disebalik nie...pastinya Allah S.W.T. sentiasa memberikan yg tbaik tuk hamba-Nya...
Sy cuma kesalkan kat cni..maklumlah ada sorang mamat ni..kami br knal dah mngajak mmbuat bkn2...maaflah awk...sy bukan pompuan jenis tu..dan saya mmpunyai prinsip hidup sy dan Insya-Allah xkan bertukar dan jika ia btukar dengan izin Allah..saya reda....
Buat kaum hawa, kaum kita ni senang je tau pompuan tu still ada dara mahupun tidak tetapi kaum adam..agak susah...btul x..so jaga 'ia' sebaik mungkin dan jgn malukan family dan plg pnting diri sendiri...wasalam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa

29 Setember 2009

Hari ni xda topik yg menarik cuma terlintas di mandala ingatan aku nie...knapa lelaki bile masa chatting xksah pompuan tu gemuk ke chubby ke atau lebih tepat obesiti..tapi bile dah bjumpa n akhirnya lost contact....tah la aku pun musykil gk la...tah la..wat semua lelaki mahupun pompuan aku cuma nk nasihat la...kecantikan dan paras rupa nie adalah milik ALLAH S.W.T. kita cuma insan biasa yg sentiasa mengharapkan pertolongan dari-NYA. Ya Allah, temukanlah aku dengan insan yang leh trima aku seadanya ini..hamba-MU ini sedar akan kekurangan diri..tapi disebalik kekurangan ada juga kelebihan...biarlah..mungkin ini hari die...tah esk lusa hari aku lak...buat sahabat aku semua..tiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..so jgnlah bangga ngan pe yg ade..kerna dlm sekelip mata Allah leh tarik balik kelebihan kita itu...Ya Allah...hny engkau yg mengetahui baik buruk sesuatu perkara mahupun peristiwa yg berlaku pada hamba-MU ini...wasalam..

Isnin

28 September 2009

Hari ni xda topik menarik...cuma pas Zohor tadi...g Taiping sentral ngan adik angkat aku....ct..g tgk wayang..jin notti...xda la best sgt n xjuga mmbosankan....ok la citer tu...dr..momok the movie..oh ya...adik angkat ku lak ni byk lak spare part....tah la bile nk insaf pon tah ler...
Ari ni dia dpermainkan oleh seorang lelaki...biar aku knalkn dgn nama an...mamat ni leh la dikategorikan ensem la..tapi ambik ubat mazolam...ubt ni dkategorikan ubat jenis dadah gk la...dh la xkeje...tah la adik aku nie...xda dh ke jejaka laen yg leh jadikan pilihan hidupnye...bebalik pada citer td tu...mamat ni dah de gf tp pe yg die gtau kat gf die kata dia just gunakan adik aku utk ambik ubt tu...oh ya adik aku ni nurse kat klinik swasta...tapi mamat nie gtau kat adik aku kata dia xsuka kat gf die sbb pompuan nie suka kongkong idup die..tah la mamat nie..mmg la playboy....ksian kat adik aku sowang nie..k la..wat smua lelaki..termasuklah pompuan..insaflah...jgn permainan hati owg..nnt hati kita jua dpermainkn....oklah....bye2...semua..wasalam...

Ahad

27 September 2009

Ari ni ada jamuan raya kat umh makcikku kat tmn sg mas
meriah gk la walaupun kwn2 aku smua xdpt mghadirkan diri..bkn salah mreka pon..aku yg xjmput..maaflah buat smua kengkwn aku....sbb aku xjmput korang...
Gpon mak aku xda masak byk sgt...cuma ala kadar ikut kmampuan...jer...
Buat smua kengkawan aku...slmt hari raya..maaf zahir n batin andai kata aku pnh wat slh pd korang.....
oklah...aku pon xtau nk taip pe g..wasalam...

Sabtu

26 September 2009

Sepanjang 2-3 ari ni, yg xde topik yg menarik ... cuma hari nie ...
Linda g beraya kat umah Kak Hanim, kwn blajar ketika ambik kos Bahasa Inggeris kat Imprimis
Seronok gk ... dh lama xjmpa so bnyak gk topik yg dibualkan terutamanya ttng pmbelajaran kat imprimis ...
Lepas tu.... saya mghantar adik saya ke tuisyen dan pastu saya g hospital dan bjumpa ngan kwn tmpt kjew...Nani. die keje pg smpai mlm... dia keje 2shift lak tu ari nie, ksian lak tgk die.smlm pon die keje pg smpai mlm....
Bnyk kenangan pahit n manis kat cni....dn yg plg xleh dilupakan ada gk insan yg cuma membomohkan sy...napa lak die ni suka meniayakan sy..sy ni bknnye lawa ke cantik kew...tah la..okeylah jam dh mnujukkan pkl 7.40pm..nk g solat Maghrib..kang mak saya...mbebel lak...wasalam ...


Picture Mesej Get Here

23 September 2009

Salam...
Ari ni merupakan raya yg paling best dalam tahun nie....
Beraya bersama guru kimia yg paling sporting membuatkan aku rasa ingin mengembalikan nostalgia zaman persekolahan..
kemudian bersama Raja Faizun...kami berdua menuju ke batu kurau ( kampung kawan aku yg sorang ni, nadatul nadwa), perjalanan yang tidak membosankan..banyak gak topik yang kami bualkan setelah sampai di kampung nad.
Kemudian kami pergi ke rumah zuraini...ari ni dia bertunang...dah bertunang kawan aku nie..aku ni bile la dpat merasakan detik yg dialami oleh zura...
Kemudian aku, ijun dan nad berangkat pulang..aku menghantar nad balik ke kpg die dan aku serta ijun mneruskan perjalanan kami..sampai ke Taiping...tanpa kusedari sudah menjelang Maghrib..
Perjalanan dan pengalaman beraya bersama kalian tidak dapat kulupakan..
trima kasih kerna menjadi sahabat dan cikgu kesayanganku...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini