Dalam merasakan cinta
Kadangkala ia membahagiakan
Kadangkala ia menyakitkan
Ingin dicintai
Apabila mencintai
Hati berdebar-debar terasa
Pabila berdepan denganmu
Diri ingin melarikan diri darimu
Tapi hati tetap ingin dekat denganmu
Apabila aku mencintai seseorang
Kaulah yang ku cintai
Apabila aku merindui seseorang
Kaulah yang ku rindu
Apabila aku membenci seseorang
Kaulah yang ku benci
Bertentang mata denganmu
Membuat diriku asyik
Berbicara denganmu
Membuat diriku ingin bersua denganmu
Walau seketika cuma
Ku simpan perasaan hatiku padamu
Ingin saja ku luahkan
Tapi jiwa gementar menguasai diriku
Semakin ku simpan perasaan padamu
Semakin mekar kembang berbunga cintaku padamu
Bergitu cinta Adam dan Hawa
Bergitu cinta Zulaikha pada Yusuf
Bergitu cinta Khadijah pada Muhammad
Itulah hakikatnya cintaku padamu
Tidak ternilai harganya
Itulah cintaku padamu
Aku sentiasa mencintaimu
Aku sentiasa merinduimu
Hatiku yang satu ini adalah milikmu
Kerana engkau sentiasa bertahta dihatiku.
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan